Pelaburan Saham Di Bursa Malaysia



Dah lebih dari dua minggu aku berjaya mendaftarkan akaun trading dengan salah satu broker saham tempatan. Hampir RM1500 telah dilaburkan.

Niat asal melabur bukanlah semata-mata nak jadi kaya, tapi lebih kepada memikirkan masa depan hari tua. Maklumlah, aku ni berkerja sendiri, tiada pencen atau wang persaraan selepas umur 65. Takkanlah nak berkerja sampai mati kot.

Pengalaman Mendaftar CDS dan Trading Akaun

Jenuh juga nak selesaikan masalah untuk mendaftarkan akaun CDS dan Trading. Pada awalnya aku hanya baca secara lebih kurang dan terus download aplikasi Bursa Anywhere dan mendaftar dengan BIMB Securities. Tak silap aku ada lebih kurang empat akaun yang aku mohon, 3 daripadanya dah berjaya tapi hanya satu sahaja yang aku berjaya daftarkan Trading Akaun. Yang keempat adalah dengan MPlus (masih lagi menunggu keputusan).

Di sini aku nak berpesan kepada yang berminat untuk menceburkan diri dalam pelaburan saham. Sebelum korang membuka akaun CDS dan Trading Akaun, elok kiranya korang baca dan fahami dahulu langkah-langkah untuk membuka CDS dan Trading Akaun. Dan yang paling penting, dapatkan bantuan seorang remiser.

Siapa Remisier tu?

Remisier adalah seorang ejen berlesen dari syarikat broker yang menjadi perantaraan antara syarikat broker dan bakal pelabur yang mahu membuka akaun CDS dan Trading Akaun bagi membolehkan para pelabur melakukan urusan jual beli saham di Trading Platform. Dan pastikan remisier tersebut adalah berlesen dan sah.

Bukan tak boleh kalau mendaftar secara langsung tanpa remisier, ada juga laman-laman broker saham yang boleh dikatakan mudah dan tak banyak cekadak untuk mendaftarkan CDS dan Trading akaun seperti Affin Hwang. Paling aku kecewa adalah dengan BIMB Sec. Aku tak nak cerita, siapa nak tau sakit ke tak kepala, cubalah korang daftar sendiri di BIMB Sec dengan tanpa perantaraan seorang remisier.

Belajar Dahulu Asas-Asas Pelaburan Saham Di Bursa Malaysia

Bila dah berjaya buka akaun CDS dan Trading, jangan pulak korang gatal tangan tak menyempat untuk mendepositkan wang ke dalam trading akaun korang. Baca dan fahamilah dahulu betul2, tentang asas-asas pelaburan dan pengurusan kewangan. 

Kenali dahulu jenis-jenis pelaburan dan saham. Fahami apa itu Fundamental dan Technical Analysis. Belajar macam mana nak baca Financial Reports, asas membaca dan memahami carta, turun naik harga dan proses jual beli serta Fee Charges yang dikenakan.

Saham Bukan Perjudian Atau Skim Cepat Kaya

Yang ni paling penting sebab niat dan cara tu kena betul. Kalau niat main saham nak kaya dalam sekelip mata tanpa ilmu dan pengalaman yang cukup, baik jangan melabur saham, nanti kecewa. 

Walaupon aku baru dua minggu lebih sahaja melakukan trade di trading platform, tapi aku dah mula melabur dalam lain2 instrument di Wahed dan Raiz sambil-sambil belajar dan mengenali asas-asas pelaburan saham serta instrument yang berkaitan dengan pelaburan. Kerana saham dan pelaburan bukanlah perjudian atau skim cepat kaya, tapi sebuah perniagaan yang berisiko.

Kalau kita takde duit nak masuk kelas saham yang harganya riban-riban, korang boleh cuba join Maher Saham yang menyediakan Ebook dan Tutorial Video secara percuma. Korang juga boleh download ebook-ebook mengenai pelaburan dan kewangan dari laman web PDF Drive secara percuma (asalkan korang faham bahasa inggeris, jenuh cari BM punya ebook dalam tu tapi takde). 

Enam Kriteria Yang Perlu Ada Pada Seorang Pelabur Newbie. 

So bagi aku, dalam menelusuri  bidang pelaburan di bursa Malaysia ni, apa yang perlu ada pada diri seseorang pelabur newbie adalah enam perkara ni:

  1. Modal
  2. Ilmu
  3. Kesabaran dan Ketekunan
  4. Masa
  5. Latihan
  6. Pengalaman
Kalau enam perkara tu korang tak mampu untuk miliki, lupakan sahaja cita-cita nak menceburkan diri dalam bidang pelaburan saham di Bursa Malaysia. Wallahu 'alam

Previous Post Next Post

Contact Form