10 Perkara Penting Dalam Memahami Analisis Fundamental

Credit to Pexel Lukas


  1. Analisis Fundamental ialah satu cara atau keadah bagi mengenal pasti prestasi dan potensi syarikat melalui kajian dalam menilai kedudukan ekonomi serta kewangan syarikat tersebut. 
  2. Ianya merupakan satu kajian yang dilakukan untuk mengenal pasti nilai sebenar atau “intrinsic value” sesebuah syarikat.
  3. Fundamental Analysis adalah kaedah analisa yang paling kerap digunakan dalam melakukan pelaburan jangka masa panjang. Ini kerana naik turun harga sesuatu saham banyak dipengaruhi oleh prestasi sesuatu syarikat tersebut.
  4. Kajian Analisis Fundamental bertentangan dengan cara kajian Teknikal Analisis, yang kerap digunakan oleh pedagang intraday untuk mengkaji pergerakan harga saham dengan berpandukan kepada sejarah harga serta volume saham sesebuah syarikat.
  5. Analisis Fundamental bergantung pada pengambilan data dari penyata kewangan korporat untuk mengira pelbagai nisbah dan ratio seperti Working Capital Ratio, Quick Ratio, Earning Per Share, Price Earnings Ratio, Debt Equity Ratio dan Return on Equity.
  6. Secara asasnya, kajian serta penilaian sesuatu saham menggunakan Analisis Fundamental adalah terikat kepada kuantiti dan kualiti sesebuah syarikat.
  7. Kuantiti bermaksud data-data berkenaan Income Statement, Cashflow Current Ratio, Debt Ratio dan juga prestasi laporan tahunan (YoY) atau laporan suku tahunan (QoQ) yang boleh didapati melalui Bursa Announcement.
  8. Kualiti pula bermaksud gabungan antara sentimen syarikat dan juga momentum pasaran semasa sewaktu penilaian syarikat saham, seperti data-data berkenaan prestasi syarikat, pemilihan orang-orang terpenting dalam syarikat, jenama atau produk, polisi syarikat serta sektor bermomentum tinggi. Kadang-kala syarikat dengan penilaian rendah turut mampu menjana keuntungan yang tinggi sekiranya momentum pasaran semasa sedang tinggi.
  9. Para pelabur yang mengamalkan kaedah analisis fundamental akan cuba mengenal pasti harga saham tersebut berada pada harga lebih mahal atau ianya diperdagangkan pada harga yang lebih murah berbanding nilai sebenar syarikat tersebut.
  10. Kesemua pelabur amat digalakkan untuk memiliki kemahiran asas menggunakan kaedah fundamental analisis dalam menilai saham yang hendak dibeli dan dijual kerana ianya penting untuk pegangan saham dalam jangka masa panjang.

Previous Post Next Post

Contact Form